Isnin, 15 Mac 2010

Percutian

assalamualaikum,
minggu ini dan minggu lepas ialah minggu yang sngt seronok dan memenatkan... keluargaku pergi ke.. emmm.. baik aq buat senarai

1. The Mines ( membeli buku novel, membeli roti untuk makan kan ikan, main game arked, dan membeli bag untuk nenek)
2. Alamanda ( tengok wayang cerita lightning thief, main game arked dan makan)
3. Pasar malam ( makan bakso, membeli ikan(dah lama x makan ikan), dan membeli mainan untuk adik)
4. Tempat Tinggal Pak Cik ( makan ayam masak aper ntah..?? tpi sngt sngt sdp)
5. Jalan-jalan ( pergi makan kfc,beli cd Alvin and the chipmunk 2, pergi beli stokin di pusat beli-belah)
6. Fun-Fair ( beli bnyk sngt token then have fun)

Sabtu, 27 Februari 2010

Reunion..

Assalamualaikum...
hari ini zirah bangun jam 10 pagi sbb ada reunion ari ni.. zirah ambil masa setengah jam nak cari baju yang sesuai nak dipakai.. dapat pun jugak.. baju jenis casual zirah cari sbb nak pergi main bowling.. jam 12 lebih zirah jumpa kawan zirah, Shahnaz. zirah pun sama-sama lah pergi Metropint ngan Shahnaz.. dah sampai pergilah cari kawan lain... hampir satu jam kami cari diorang jadi kami pun keluar.. pergi mkn di McDonald.. makan burger lepastu kami pergi jalan-jalan shopping... zirah beli buku yang zirah nak.. "Dear Yayah 4... x lama lagi zirah nak beli Dear Yayah eau clair..." masa tu juga zirah beli dompet ngan hadiah untuk kawan zirah.. x lama lagi seorang kwn zirah menyambut hari lahir dier... habis jer beli.. zirah temankan Shahnaz pergi shopping kat metro kajang.. usai jer bayar kat kaunter.. apa lagi pulan.. skait nya kaki zirah berjalan tapi seronok... walaupun kami berdua jew... ok ini jer zirah nak tulis..

P/S: zirah dah baca satu buku Dear Yayah 4 hari ni ... hehehe..

Jusco and Metropint..

Assalamualaikum...
malam ni ada aunt nagn uncle kiter dtng bermalam... jadi pergilah jalan-jalan di Metropint tapi x makan...??? :(.. jadi teramatlah masam muka aq ni mengalahkan cuka... dah di kereta tu muram lagi sbb nak pulang dah... tpi uncle kata nak pergi Jusco plak sbb nak beli kuih.. zirah pun happy lah.. usai dah beli mknan pulang.. tpi happy jugak sbb dpt beli kuih kegemaran zirah.. pulang jew.. trus melantak.. usai makan, zirah layan blog lepastu zirah tidur...

Jumaat, 26 Februari 2010

Vest, Pengawas surau, Kerja rumah dll...

Assalamualaikum,
semalam nak post catatan ni tapi x sempat... ari tu zirah sngt bad mood...
seperti zirah katakan zirah pakai vest hitam tu... tpi zirah tengah masuk di pintu pagar sekolah... semua murid melihat zirah dengan pelik... lalu seorang murid lelaki menegur.. "kau murid jawatan apa?" lalu ku jawab "pengawas siber" .. lepastu kawannya ckp "sangkakan demam"... aq pergi tanpa pedulikan kata-kata itu... nasib baik aq sabar... aq terus ke tempat aq berjumpa kwanku di tmpat biasa... semua kwnku ada dctu... aq sngt malu apabila Shahirah mentertawakan aq... mmng patut pun... aq berpakaian seperti badut... hodoh sekali.. aq menanggalkan vest ku lalu meletakkan di begku.. Apabila bermulanya kelasku seperti biasa... kami ke kelas... tpi kali ini berbeza.. kami ditemani oleh beberapa orng pengawas sbb hari ni x ada cikgu yng mengajar smpai jam 2.. Aisyah berpindah dari tmpatnya untuk ke tempat Aqilah memandangkan Aqilah x hadir... Ina pula menjadi pengganti Aisyah... aq seronok berbual dengan Ina... beberapa minit kemudian ketua kelas menyuruh semua orng bangun menandakan guru kami datang... selesai mengucapkan salam kami duduk.. pada masa itu guru matematik suruh duduk dan tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh kami semua iaitu mengetahui markah ujian matematik... disebut sahaja nama aq trus lari ambil... alhamdulillah... dapat juga A1.. 90 markah.. selepas subjek matematik... cikgu Asma datang.. semua orng boleh dikatakan bersetuju cikgu Asma ialah paling garang. Cikgu ada bagi kami kerja rumah yng dibuat iaitu gambar sukantara minggu lepas kena ada... gila... cikgu suruh bawa kamera lepastu cuci.. ingat senang sngt ker... aq adalah antara 3 orng perempuan yng tidak bawa gambar tu... manakala lelaki terlampau bnyk sampai zirah x boleh kira... zirah takut tengok cikgu Asma suruh semua orng keluar kalau x ada gambar.. apa lagi zirah pergi lah keluar.. "Get Out!!!!" eee... ngerinya dengar... cikgu suruh kami diam kalau x lukis muka guna 'marker pen'.. satu orang murid lelaki dah kena.. punya lah takut zirah.. pa lagi diam lah zirah.. sebelum rehat cikgu Asma ada suruh kitorang bawa majalah dan akhbar minggu depan... aduh/...!!! lagilah zirah stress... apa-apapun zirah cpt2 trun bawah nak sembahyang ngan tukar baju... dah tu kami masuklah gim... semua berbaris ikut giliran untuk menimbang berat lepastu ukur ketinggian lepastu pergi stretch kaki nak ambil mata masing-masing... dah tu kami main bola... zirah punya mood happy balik... seronok sngt.. dahtu tukar baju lepastu pergi makmal... tpi kertas ujian tu blum lagi disemak smua nya.. sob sob.. maser tengah belajar.. kami buat jadi exciting skit.. aq ngan Karmila fight saper yng bnyk markah dier dlm kerja.. haahaha... of course aq.. ceh... xder lah.. blh dikatakan seri.. habis jer aq trus lari pergi kelas.. masa tusekumpulan lelaki tengah lalu kat sebelah aq.. ada orng tegur aq dia ckp hai.. ntah aper dier ckp aq x dengar sngt.. lantaklah... ambil telekun trus ambil wudhuk. dah ambil wudhuk pergi surau.. masa tu mood zirah tukar jadi bad sbb kena marah ngan akk pengawas.. kata dorang x bleh sembahyang sendiri.. mmng btul tpi ada orng suruh kita buat camni.. jadi kami buatlah.. habis jer solat asar aq ngan Aisyah pergi kelas sama-sama.. kertas ujian BM dah sampai... jeng3.. zirah dpt B lah dlm ujian BM ni.. rasa gelisah skit.. tpi x apa.. masih ada masa lagi.. Caiyo!!!! okey itu jew lah aq nak ckp...

Rabu, 24 Februari 2010

Vest dan Peperiksaan...

Assalamualaikum,
yay... zirah dah beli vest... jadi esok dah kena pakai. berasa excited sngt nak pakai, berasa malu jugak nak pakai sbb zirah adalah orng pertama yng pakai ni... zirah kan pengawas siber.. hehehe... pengawas surau pun kena pakai vest... nnt lah tu beli hehehe.. lega jugak sebab x ada peperiksaan esok... hm... bnyknya campur aduk emosi aq ni... teruja + malu + lega = ?. peperiksaan semua x konfom dpt A sngt. Cuma 50-50 lah konfom dier. Especially, pendidikan seni... lukisan zirah mengalahkan budak tadika... memang zirah x pandai sngt... zirah benci melukis...

Selasa, 23 Februari 2010

Pengawas Siber


Assalamualaikum,
Hari ni nak paste photo vest yng kita nak beli... hmpir jerr lah persamaan dier... ambil gmbar dari google... hm.... zira pun mmng nak pakai vest tu... ngee... nnt kita paste gmbar tngh pakai... hahaha... tpi zirah yng pertama pakai... zirah malu lah... x per lah kalau second kan... apa pun zirah nak mandi... bau busuk ni... wekkk!!!

Ahad, 21 Februari 2010

Ujian

Assalamualaikum,
takut lah sangat hari ni... zirah ada ujian hari ni... BM,BI NGAN AG.ialah ujian hari ni... kecut perut aku ni.... esok Sains, Matematik ngan Geografi... siapa x dpt Sains ngan Matematik A. Awas!!! jadi konfomlah zirah hafal.... I do mybest that I can... Harap2 dptlah... Wish Me Luck... Kepada semua yng mengambil ujian dalam masa 3 hari ni... good luck kepada semua....

Khamis, 18 Februari 2010

Asrama...

Assalamualaikum...
aku pohon masuk asrama... aku buntu sngt nak ke x??>.... tpi aku nak sngt maknanya aku masuk asrama lah... tpi aku kena ucap slmt tinggal kpd bloggie pada hari Isnin- Jumaat.. bye blogggieeee... tpi masih tak tau lagi sama ada dpt atau x??...

Tiga kembar!!!???

Assalamualaikum,
hari ni nak ckp pasal tiga kembar aku... yng pertama ialah Mira.. sepupuku yng tercinta... akmi punya brng mesti sama... bag, handphone dll. kedua ialah Aisyah, kami nak sama muka... orng ingat kami sama ibu... hahaha... dan yang ketiga ialah Karmila ... favourite, idola dan lain2 semuanya sama... kalau aku x hadir p sklh... dia pun sama... hmm... bnyknya kembar aku...

Rabu, 17 Februari 2010

Ayah nak handphone


Assalamualaikum
Aku nak handphone sempena hadiah 5A tpi masih x dpt lgi jadi tngkkan gambar dier jer lah. InsyaAllah bulan depan dpt..;

Isnin, 15 Februari 2010

Sorry, Karmila...

Assalamualaikum,
sory sng, sngt lah karmila... aku lupa nak tengok ulasan aku. aku nak sngt lah join korang... lain kali kalau buat britahu yer... hrp2 korng buat reunion lgi... kjp... britahu aku.. korng buat apa... masa tu... Mira, Mirza, Irwan, Hazmi ngan kau jer kan gi reunion tu... ceriter yer...

Ahad, 14 Februari 2010

Hafalan Agama untuk ujian

Assalamualaikum...
aku nak buat hafalan kat blog ni kalau boring baca x pyhlah bacer ye..

akidah dari segi bhasa ialah kepercayaan yng kukuh d dlm hti. darisegi istilah pula ialah kepercayaan dan keyakinan tentng kewujudan Allah serta sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil akli dan nakli. ciri2 akidah yang betul ialah menjauhi diri drpd mensyirikkan Allah dan keyakinan dan kepercayaan berlandaskan Al-quran dan Sunah. ciri2 akidah yng salah ialah menafikan tentang keesaan dan kekuasaan Allah dan melakukann perbuatan yang mensyirikkan Allah. Tujuan pembelajaran akidah ialah menjaga iman supaya selamat di dunia dan di akhirat dan dpt mengenal ajaran akidah yang salah. Alam syahadah ialah kejadian alam yng dapat dilihat, diperhati atau dikaji oleh pancaindera. syariah ialah peraturan dan hukum2 yng ditentukan oleh Allah sama ada prkara yang berkaitan dngn suruhan atau tegahan. Akidah : kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada Malaikat. Syariah : mengikut dan melaksanakan sunah Rasul, kepatuhan dengan melakukan kebaikan. Al-quran karim ilah kitab yang menjelaskan tentang asas akidah Islam. Hadis ialah perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat2 Rasul (S). Aspek akidah islamiah: mentauhidkan Allah sbgai pencipta, penguasa dan pemilik, mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. hanya Allah yng wajib disembah, ditaati peraturannya dan Allah tmpt berharap dan berdoa, aitu perutusan dari nabi2 dan rasul2 yang membawa ajarn Allah untuk disampaikan kepada umat manusia, perkara2 ghaib yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka. Perkara yang merosakkan akidah dlm perkataan: menghina islam, mengubah ayat Al-quran dan Hadis Rasul (S). dlm perbuatan: menghina Al-quran, memakai lambang agama lain. dlm hati: ragu2 dengan rukun iman, rukun islam, syariah dan hukum2 islam, berniat keluar drpd Islam. perkara-perkara mendorong slah laku akidah : kurang mendalami ilmu2 islam, berkawan dengan orang yng rosak akhlaknya. perkara yng memantapkan akidah dlm perkataan: bercakap benar, berdoa. dlm perbuatan: beradab sopan dlm pergaulan, menuntut ilmu yng berfaedah. dlm hati: sentiasa mengingati Allah S.W.T, yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. fardu ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. berdosa jika tidak melaksanakannya. Kepentingan fardu ain kepada individu : hidup bermaruah dan dipandang mulia, sentiasa berdaya maju dan berdaya saing. kepentingan fardu ain kepada masyarakat: masyarakat akan mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T, masyarakat hidup aman dan harmoni. kepentingan fardu ain kepada negara : syiar islam dapat ditegakkan di seluruh negara, melahirkan warga negara yng berdisiplin dan berakhlak mulia. akibat mengabaikan fardu ain kepada diri: tidak akan mendapat keberkatan dan keredaan Allah, tidak taat kepada ibubapa dan tidak menghormati guru. Fardu kifayah ialah perkara yng wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam. jika tidak ada yang melaksanakannya, berdosa semua anggota masyarakat. Kepentingan fardu kifayah kepada individu: melahirkan individu muslim yang berilmu dan beramal, mahir dan pakar dlm bidang ilmu dan kemahiran. kepentingan fardu kifayah kpd masyarakat: masyarakat hidup bersatu dan bekerjasama, masyarakat islam dipandang mulia. kepentingan fardu kifayah kepada negara: masyarakat aman dan makmur, negara digerubi oleh musuh2 islam. akibat mengabaikan fardu kifayah: hidup dlm kemiskinan, mudah ditipu dan diperdaya. Jahiliah dari segi bahasa ialah tidak tahu atau bodoh. dari segi istilah pula ialah tidak tahu atau sesat drpd agama samawi. agama menyembah alam : penganut paling rmai. mempunyai 360 berhala. paling terkenal ialah allat, aluzzah, almanat, yagus dan yauk. agama kristian : berasal dari rom, agma ini berada di Yaman, Najran, Iraq, Syria dan kawasan pantai semenanjung Arab. Agama yahudi: agama ini berada di semenanjung Arab pada awal abad pertama Masihi ketika pemerintahan Zunuwas. ia terdapat di Yaman, Hoibar di Madinah dan di Utara Hijaz. Agama majusi: agama yng menyembah api dr Farsi. Agama hanif: agama peninggalan Nabi Ibrahim a.s. Mereka menggalakkan sembahyang pada waktu pagi dan petang, haji dan korban. Agama menyembah alam: agama ini menyembah bulan, bintang, matahari, tumbuh-tumbuhan dan tempat unta berdiri ketika memerah susunya. politik agama badwi berdasarkan kobilah. setiap kobilah dipimpin seorang ketua yng dipanggil syeh. setiap nggota kobilah akan melakukan apa yang disruh oleh syeh. hidup mereka tdk prnah aman. mereka sering bergaduh dan berperang, kobilah yng lemah akan menjadi mangsa kepada kobilah yang kuat. masyarakat hadori pula berdasarkan pentadbiran pusat. mereka hidup bersarkan pentadbiran pusat. ekonomi masyarakat badwi ialah menternak haiwan ternakan, bercucuk tanam,merompak harta kobilah lain. ekonomi masyarakat hadori ialah berdagang, berniaga, membuat mangkuk, tembikar dan lain-lain.

Sabtu, 13 Februari 2010

Nak sangat main boling....

assalamualaikum,
aku dah kumpul duit ni... nak main boling lah katakan.... tngk terkena virus Karmila kut... jngn mrh Karmila... tapi x ada kwn larr nak pergi... nak ajak Shahira, Aisyah ngan Aqilah tapi diorang buat reunion 6A jerr.. dulu aku 6B.. tpi masih pndai (aku x perasan tau... dah mmng kenyataan.. klu x mesti aku x masuk ke kelas rncangan prtama.... heheh) saper-saper jer.. aku desperate sngt ni... sob sob. teramatlah boring sangat ni... 6B x buat reunion larr..hmm... aku dah lama x main boling... (walaupun x pandai) selalu jer masuk longkang. hahaha. tpi masih lagi main... bak kata pepatah 'kita belajar dari pengalaman'...

Karmila....

Assalamualaikum,
akhirnya, ada juga cuti sklh. letih yng teramat sangat ni... tapi bnyk kerja sklh nakbuat dan kena buat hafalan :( untuk ujian. sob sob. lagipun aku kena cuci baju, kasut dll. nasib baik aku dah siap brochure kempen tu. Karmila oh Karmila.. cepetlah hntar e-mel... aku nak siapkan kerja aku ni... wei Karmila... aku ada idea lah... kalau x nak x payahlah.. tpi aku teringin sngt ni.. aku tngh simpan duit ni, aku nak main boling, tpi aku x handallah main ni... :P jadi engkau nak x.. kalau kau nak, kau pnggil lah saper2 jer... kalau x kita dua orang jer tu...aku x ader kwn nak ajak ni... hehehe... aku bila-bila ajer blh pergi tapi maser cuti lah yer... hehehe :P.

Jumaat, 12 Februari 2010

Mira

assalamualaikum,
thnx karmila sbb benarkan kiter brkwn ngan Mirza dan Mira.. hehe.. nak serupa yer nama diorang... Zirah dah tngk gambar Mira. Cantik... tapi aku lyn diorang mcmkwn lama lah wei... dah biasa cmtu... tapi kekok lah skit sbb aku x nak lyn lelaki lah ya... hehehe... nak lyn pun skit jer lah... tapikan karmila, aku x nak lah kacau kau. macam aku ni rskkan perjumpaan kau dngn kwn lama kau... jdi x aperlah kalau x pyh jumpa.. aku ni x baik kan.. rosakkan suasana orng jer... okey.. aku nk jmpa diorang pun sbb bacer blog kau... sbb kau seronok sngt berkwn ngan diorng... kat Sabah x ader mcm tu.. hehehe.. jngn kasihankan aku tau... rugi nnt... hahaha... itu jerlah yng aku nak katakan

Khamis, 11 Februari 2010

taekwando, kempen dan drama

assalamualaikum,
hari ni sya x dtng pergi sklh sbb bangun lmbat. ala.... bnyk nya aku termiss latihan. tapi aku buat lah juga senaman macam tekan tubi, berlari 2 pusingan jer dan panaskan badan... yng step aku miss tu aku check lah di internet. aku tahu step higher section block, inner section block dan inner. malng sungguh itu jer aku tau....pening nya!!!! kenapa aku ambil taekwondo.... :( kempen tu pun satu lagi hah... lepas tulis ni aku nak buat. kasihan juga aku dengan Karmila. terpaksa dia ambil bahagian dlm scrabble dan story telling. itu yng aku x kisah kalau dier nak suruh aku tlng buatkan... drama pulak aduhai.... persatuan bahasa melayu suruh kami buat drama dlm buku kasut kelopak jantung... oh tidak!!! okey kena pergi dulu nak siapkan brochure....

Selasa, 9 Februari 2010

cerita motivasi

kawan-kawan kalau datng jenguk blog sya. baa lah karya motivasi ini....

NILAI RM10
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....






NILAI RM5
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
assalamualaikum, hari ni nak bagi karya cerita ya... harap kamu sukakan ceritanya...

Doa Seorang Sahabat
Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"

my favourite photo









assalamualaikum, tengah boring sangat ni... jadi letaklah gambar favourite sya... hehehe....

my supervisor choral speaking

assalamualaikum,
hari ni penat sangatlah. blm lagi ni pergi ke sekolah sudah penat. hari ni kena datang awal sebab choral speaking. jadi sya datanglah. klu x, kena tulis nama. supervisor kami ialah Nabila. sampai jer di sekolah, nampak Ikhsan. dia masuk tu, aku kejarlah. lepastu tanya dia "bukan kena jumpa di astaka bitara ker?". dia cakap "entah". apsal lah aku tnya dia ni. haiyo..... dah dtng tu meriah plak aku nmpk. aku happylah.... ilham ada jugak ngan nabila dan lain2 lagi yng aku mls nak britahu... so, start lah kami berlatih.... aduyai... mengalahkan budak tadika betul masa tengah membaca.... lelaki pula buat hal. geram!!!!! Nabila teramatlah pegal jadi dia suruh kami balik.... aku teramat lah geram sngt.... Nabila pun satu... apsal dia suruh kami buat semuanya, satu perenggan lah dulu... dia ingat aku ni Albert Einstein ker?? Karmila minta buku Geografi aku jadi aku bagilah ngan temankan dia pergi fotostat kerja Geografi.... habis jer, aku trus pulang, nasib baik bas datang awal.... aku nak beri aduan tntng ni kepada Cikgu Nik Hasianiti.... okey itu jer lah
assalamualaikum...
hari ni aku nak cakap pasal kawanku Karmila. well.... next timelah aku dialog inggeris ya.... wei aku dah baca kau punya blog semua kau catat aku dah baca. aku nak tnya ni, klu x boleh xperlah. sebenarnya, bila kau ceritakan pasal kau ngan kawankau ni mcm sama jak cerita aku. cuma lain sikit, aku sebenarnya dari Sabah. tinggal di sini krn terpaksa... jadi aku sngt lah rindu kat diorang mcm kau. masa 2009, tiada siapa pun yng aku boleh jadikan dia kwan. semuanya bagiku asing orngnya. dulu, aku pendiam, x sporting dan macm-mcm lagi. bila dtng sini aku jumpa kau dn pertama kali itulah perangai ku berubah.... aku bagaikan mempunya orang yng baru dalam diriku. x pernah mcm ni sebelum ni. tetapi ia membuatkan aku gembira setiap hari tanpa henti.... .... aku malulah nak tanya ni... nnt kau rasa pelik atau marah pulak.... aku nak tanya boleh x aku nak jumpa diorang?...... best plak kau ceritakan kisah kau kat blog tu.... klakarlah.... hahahaha.... bila-bila aja ku nak.... aku nak sngt berkenalan ngan diorang.... tapi kan aku sumpah kalau aku jumpa diorang aku ni skrng jumpa orng x kenal, aku berckp mcm dengan kwn lama.... hehehe

my first post

Assalamualaikum,
wah.... mcm ni lah kalau berblog ya.... terima kasih pada Karmila..... saya x tahu sebenarnya mcm mana nak berblog. tunjuk ajar dri Karmila membuatkan ingin juga nak buat. hari ni nak britahu tentang masalah kat sekolah.....
sya da bnyk jawatan :
1.pengawas siber
2.pengawas surau
3.setiausaha siber
4.ketua pendidikan seni
aduyai.... bnyk sangat lah... tapi paling sya suka ialah saya dapat pakai vest.....wahahaha....... cemburu x???..... hehehe.... sya teringin sngt nak pakai vest.... ok harap2 korang baca ya..... bye